login wang

Sabtu, 21 Disember 2013

Set Bersalin Shaklee - Set Bersalin Terbaik

Kenapa saya katakan Set Bersalin Shaklee merupakan Set Bersalin Terbaik?
Bukan saya nak exxagerate sangat-sangat. Tapi sudah banyak dah tertimonial yang menyatakan kebaikan Set Bersalin Shaklee ni. Dan ternyata ramai yang berpuas hati. Maklumlah sekarang ni zaman moden. Generasi X kini lebih gemar mengambil sesuatu melalui pembacaan dan mula menitik beratkan tentang kesihatan. Saya juga tidak pernah mengkondem produk bersalin lain di pasaran. Apa pun, pilihan tetap di tangan pelanggan dan kami juga tidak memaksa sesiapa untuk beralih kepada pengambilan vitamin dan supplement.
Rata-rata ramai pun dah tau kebaikan vitamin ibu bersalin. Berikut saya ceritakan antara vitamin-vitamin yang perlu ibu bersalin titik beratkan:
Omega-3 Asid Lemak
Sebahagian wanita mempunyai masalah stress, kemurungan, atau kadangkala dipanggil sebagai meroyan selepas melahirkan anak. Terdapat kajian kekurangan dalam omega-3 asid lemak boleh meningkatkan risiko seorang ibu bersalin jadi meroyan. Asid docosahexaenoic atau DHA, adalah salah satu daripada asid omega-3 yang paling bermanfaat. DHA membantu dalam penghasilan susu ibu dan menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf tunjag untuk bayi yang baru lahir. Sebab itulah DHA juga disarankan pengambilannya semasa trimester III kandungan. Selepas bersalin, DHA masih boleh disalurkan kepada bayi anda melalui susu ibu.
Vitamin B9
Vitamin B-9 adalah asid folik atau folate. Semasa mengandung, ibu hamil disarankan menambah kandungan asid folik untuk membantu dalam pembangunan sistem saraf bayi. Selepas ibu bersalin, ibu tetap disarankan untuk terus mengambil vitamin inikerana ia juga penting untuk bayi yang baru dilahirkan. Bukan itu sahaja, asid folik juga dibuktikan dapat mengurangkan gejala kemurungan dan meroyan selepas bersalin. Ibu bersalin disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya sebanyak 500 mcg setiap hari.
Zink Tambahan
Zink adalah salah satu mineral yang penting untuk menyokong sistem imunbadan dan membantu melindungi badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Bila kita mengandung, kadar zinc yang diperlukan tubuh berubah, begitu juga bila ibu tu bersalin. Malah, ibu-ibu bersalin yang mengambil zink tambahan didapati lebih bertenaga berbanding ibu yang tidak mengambil zink. Manakala bayi yang baru dilahirkan pula kurang risiko untuk kolik. Zink yang diperlukan oleh ibu bersalin adalah lebih kurang 18 mg sehari. Sumber zink boleh didapati daripada telur, daging, tepung gandum penuh dan oat.
Kalsium
Yang ni memang tidak dinafikan lagi. Wanita memang cenderung untuk kehilangan ketumpatan tulang lebih-lebih lagi apabila sudah mengandung, bersalin, ditambah pula dengan menyusukan anak. Ibu menyusu perlukan 1,200 mg kalsium setiap hari untuk menyokong kesihatan tulang mereka serta pertumbuhan bayi yang sihat. Produk tenusu, sayur-sayuran mentah, badam dan hazelnuts mengandungi dos yang tinggi kalsium, tetapi sekiranya kita mampu mendapatkan keperluan harian tersebut melalui makanan, kita perlu untuk menambah dengan kalsium tambahan. Maklumlah, saya sendiri tidak tahan untuk telan sehingga 4 gelas susu setiap hari.
Vitamin A
Vitamin A membantu untuk mengekalkan kulit yang sihat, gigi, tisu tulang dan membran lembut dan menggalakkan penglihatan yang baik. Keperluan untuk vitamin A untuk ibu-ibu baru baersalin kira-kira sebanyak 1,300 mg sehari. Wanita yang menyusukan memerlukan vitamin A lebih banyak kerana ia juga disalurkan melalui susu ibu. Sumber Vitamin A adalah lobak merah, sayur-sayuran, ikan dan daging, tetapi jika tidak mampu mendapatkannya melalui pemakanan harian, maka pengambilan Vitamin A tambahan adalah lebih disarankan.
Di Shaklee, kami menitik beratkan kesihatan ibu kerana kami percaya ibu yang sihat akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti. Oleh sebab itulah, kami gabungkan Vitamin-vitamin sedia ada Shaklee sebagai Set Bersalin Terbaik yang merangkumi semua vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh ibu bersalin. Berikut adalah vitamin yang disarankan, dipandankan dengan Produk Shaklee kami.
  1. Sumber Omega-3 Asid Lemak - OmegaGuard Shaklee
  2. Vitamin B9 - Vitamin B-Complex Shaklee
  3. Zink tambahan - Zinc Complex Shaklee
  4. Kalsium - Ostematrix Shaklee
  5. Vitamin A - Vita-Lea Iron Formula Shaklee atau CarotoMax


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi sebagai Set Bersalin Terbaik anda, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:
>
 >
Nama: Farah Hanim; ID Shaklee: 1079500; Emel: jaw_fa@yahoo.com 
Phone:  019-9001866





Tiada ulasan:

Catat Ulasan