login wang

Sabtu, 21 Disember 2013

Fungsi Sistem Imun Dalam Badan Kita

Sistem imun adalah sistem kompleks di mana tugasnya menjaga pertahanan badan kita daripada serangan kuman, bakteria, virus, mikrob, parasit, patogen dan toksin. Jika sistem imun kita kuat, sudah tentu kita akan sentiasa sihat dan cergas. Jika sistem imun kita tidak kuat, kita akan rasa lemah dan mudah terjangkit berbagai penyakit.
Walaupun sistem imun adalah kompleks dan sangat susah untuk kita fahami bagaimana ia bertindak, ada juga perkara yang kita boleh lihat dengan jelas mengenai sistem imun. Antaranya adalah;
Kulit - Kulit melindungi badan kita secara fizikal iaitu ia menghalang bakteria , virus dan berbagai benda asing daripada terus masuk ke dalam badan. Kulit mempunyai sistem imun tersendiri di mana ia akan menghalang mana - mana benda asing daripada masuk ke dalam badan.
Mulut - Air liur di dalam mulut mengandungi sistem pertahanan anti bakteria di mana ia akan menyekat bakteria dan benda asing daripada masuk ke dalam badan melalui mulut.
Hidung - Mukus di dalam hidung mempunyai lysozyme di mana ia akan memusnahkan bakteria yang masuk melalui hidung.
Selain tiga anggota badan di atas, sistem imun juga terdapat pada bahagian thymus, limpa, sistem limfa dan sum sum tulang. Setiap anggota badan ini mempunyai cara dan sistemnya sendiri untuk melindungi badan kita. Selain itu, sistem imun juga terdiri daripada hormon dan sel darah putih.
Tugas - tugas sistem imun dalam tubuh badan kita adalah;
  • Melindungi badan kita siang dan malam iaitu 24 jam sehari.
  • Membunuh segala benda asing seperti bakteria, virus dan mikrob yang ingin masuk ke dalam badan dan yang telah masuk ke dalam badan.
  • Memberi kercergasan dan kekuatan pada badan.
Akhir sekali, jika kita tidak menjaga sistem imun dengan baik, badan kita akan jadi lemah dan senang terkena penyakit. Oleh itu, bagi anda yang ingin memiliki sistem imun yang kuat, saya syorkan anda untuk ambil Produk Nutriferon keluaran Shaklee.
Klik untuk lebih info tentang
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:
>
DAN
 >
Nama: Farah Hanim; ID Shaklee: 1079500; Emel: jaw_fa@yahoo.com; 
Phone: 019-9001866

Tiada ulasan:

Catat Ulasan